Selamat Datang ke "Jurnal Forex Trader"


Hi..Selamat datang ke Jurnal Forex...tempat di mana saya menceritakan dan berkongsi idea, pandangan, pengalaman, suka duka di dalam menceburi bidang "FOREX" yang sememangnya mencabar IQ dan terutamanya EQ.. segala yang terdapat di jurnal ini mungkin adalah pandangan dari saya dan sesiapa yang terlibat dalam dunia forex ini..di harap agar yang baik dapat dijadikan panduan dan yang kurang baik dijadikan panduan untuk terus maju dalam hidup...mana yang baik datang dari Yang Maha Kuasa, yang kurang baik datang dari kelemahan dan kekurangan diri kita sebagai hamba yang lemah...

Janganlah berhenti meminta dari Yang Maha Kuasa kerana dia sahaja yang dapat memberikan apa yang kita minta...sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita...


Sunday, June 21, 2009

Melangkah ke dunia "Forex"...

Sebulan yang lalu, bermulalah lembaran baru dalam hidupku sebagai seorang "Forex Trader" atau "Pemorex", sesuatu yang ku tunggu- tunggu sejak tahun 2005. Setelah dua tahun menghabiskan masa dan wang yang ku dapat setiap bulan untuk memenuhi segala yang ku inginkan, kini tiba lah masa yang sesuai untuk aku memikirkan tentang masa depan dan hala tuju hidupku. Setelah mendapat berita gembira tentang modal yang sangat rendah (1 usd)untuk memulakan pelaburan dalam Forex, tanpa berlengah lagi aku memulakan langkah ku mengatur strategi bagi menghadapi "Dunia Forex" yang sangat mencabar ini...

Aku mencari segala ebook, website, tutorial dan apa sahaja yang dapat membantu ku dalam memahami selok belok dalam dunia forex ini. Syukur lah aku telah mempunyai sedikit gambaran dan idea tentang forex ini sejak 2005 lagi, cuma masa dan kewangan yang tidak mengizinkan ku untuk menceburi forex ini..

Rakan ku telah memperkenalkan kepada ku tentang "Broker" yang telah beliau sertai iaitu FXOpen Investment...Aku pun mula membaca tentang FXOpen melalui website rasmi syarikat terbabit dan memasuki forum di bawah syarikat tersebut..memang ramai pelabur- pelabur dari Malaysia yang telah menyertai FXOpen..

Tanpa menoleh ke belakang lagi, aku pun memulakan langkah memuat turun "terminal" atau "platform" untuk melakukan "trading". Ia dinamakan "Meta Trader" yang mana sangat terkenal dan digemari oleh ramai pelabu- pelabur Forex...Aku membuka akaun percubaan untuk mengetahi bagaimana terminal ini berfungsi..

Bersambung lagi...

"Jurnal Forex Trader"